music

Monday, 8 April 2013

Menziarahi Rumah Anak-anak yatim Ma'ahad DarusSalam

sebagai last projek untuk aa101 iaitu Pendidikan Agama Islam, kami warga-warga DKA1B telah bergabung dengan warga-warga DEM dan DPU. seramai 22 orang pelajar iaitu kami telah sebulat suara untuk pergi menziarahi Rumah anak-anak yatim Ma'ahad DarusSalam serta membuat beberapa aktiviti di situ.



gambar kami ketika kami baru sampai di sana.




Setelah itu, kami mula berkenalan dengan penghuni-penghuni rumah anak-anak yatim ini yang seramai 28 orang ketika itu. lingkungan umur mereka ini adalah lebih kurang 4-17 tahun. 


mereka ini adalah di antara kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa, kehidupan yang susah, serta anak-anak yang dibuang oleh ibu bapa mereka. Maaf jika ayat yang digunakan tidak sesuai namun ini adalah realiti. Di mana lagi kita mampu untuk melihat,mengetahui dan mengenali anak-anak ini dengan mata kita selain daripada kita 'turun ke padang' ke tempat-tempat sebegini, kan?


okey! setelah itu kami pun memulakan aktiviti pertama kami iaitu sukaneka. AJK Sukaneka telah bersiap sedia dengan beberapa permainan seperti :
  1. berjalan menggunakan tigakaki
  2. mencari gula di dalam tepung
  3. berjalan sambil memegang sudu dengan bola ping pong menggunakan mulut.
*pergghh... tak boleh panjang lagi ke nama aktiviti yang ke-4 tu? haha*


 aktiviti pon diteruskan lagi dengan aktiviti LDK. AJK LDK telah menyediakan beberapa aktiviti seperti :
  1. membuat baju yang bercirikan muslim & muslimah menggunakan surat khabar.
  2. Mind Challenge.
  3. Cita-cita saya
Alhamdullilah... mereka semua dapat menyelesaikan semua aktiviti dengan sempurna. 
seterusnya, kami berhenti seketika untuk makan tengahari. semua makanan adalah 'homemade cooks' yang dimasak oleh pelajar-pelajar senior DIS.

 aktiviti diteruskan lagi dengan sesi mentor-mentee dengan anak-anak di situ. Di sini kami meluangkan masa dengan mereka. mereka digalakkan menanya sebarang soalan mengenai pelajaran dan kami semua berusaha untuk membantu mereka.
Pada masa yang sama sebahagian daripada budak lelaki telah bertungkus lumus mengecat tiga buah kelas di ma'ahad tersebut. Agak-agak gembira tak mereka apabila kelas dah cantik,berseri? :D

Di sini adalah gambar yang ditangkap ketika di sana untuk tatapan anda semua :





kami akhiri aktiviti kami dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang. Jika anda berminat untuk menyumbang atau melawat ma'ahad ini sila klik SINI !

kegunaan sebenar facebook untuk pelajar

siapa kat sini takde facebook? mesti semua ada facebook kan? hmm tapi ramai di kalangan kita yang salah mengunakkannya. di POLITEKNIK UNGKU OMAR sekarang sedang mengadakann MINGGU SOCIAL MEDIA ANJURAN JMSK,

taaaraaaaa :D

jadi pelbagai acara yang dianjurkan , sebenarnya saya nak cakap pasal kepentinggan facebook kan tadi?

facebook kita guna untuk online,chatting,comment gambar, eh eh eh, itu bukan tujuan sebenarnya, facebook boleh digunnakan untuk belajar juga tau, bertepatan dengan tema minggu social media ni, 'L&T Empowerment through Social Media'. jadi kami pun mengambil inisiatif untuk menggunakannya nya sebagai platform belajar macam ni

macam ni lah caranya :D

  
nampak tak media social sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada kita, cuma kadang kadang kita tak tahu atau salah menggunakkannya je, macam saya kadang kadang eheh


muka salah gunakan media sosial
  
Sharing your knowledge with others does not make you less important.-unknown

perkembangan media sosial



pada era globalisasi ini kita haruslah bergerak seiringan dengan media sosial yang merentasi dunia tanpa sempadan.Jika kita tidak mengikuti pembangunan media sosial nescaya............upssssssssss terlebih sudah, point saya kat sini nak cakap la yang dunia semakin maju, ayuh rakan taulan teman sahabat awek dan kekasih sekalian, jom kita gunakan media sosial dengan sepenuhnya :)

Projek Paip

hello , bertemu lagi dalam dalam ruangan DKA1B . hihi hari ini saya nak lah share serba sedikit apa yang kami belajar sebagai engineer. ekeke. ilmu yang baik harus lah dikongsi bersama ye dak?

okay okay kita mula kan pembelajaran kita sekarang, semua pelajar sila focus dan sediakan pensil *buat muka garang. hihi

sila takut tengok muka saya. hihi

okay sila kembali ke topic asal, sekarang saya nak ajar cara nak bengkokkan paip, kamu semua mesti ingat dia memang dah sedia bengkok kan? naaah sekarang saya nak ajar cara engineer dka1b bengkokkan paip :D

  1. dapatkan saiz panjang paip mengikut suka anda nak panjang mana, tapi untuk kepanjang bengkokkan haruslah anda tambah 68mm okay?
  2. seterusnya sumbatkan hujung paip dengan surat khabar padat padat
  3. isikan pasir kedalam paip tersebut, pastikan padat ye takut cair dan putus paipnya
  4. lepas dah isi padat kita panaskan bahagian yang nak di bengkokkan macam ni 
    5) selepas itu letakkan paip di papan pencontoh dan letakkan kain basah nak kasi cooooooool itu paip


    6)last sekali buang balik pasir nya. taraaa, hebat tak engineer dka1b. hihi, selamat mencuba ye budak budak, 

    okaylah cikgu dari dka1b nak beradu, selamat mencoba, jumpa lagi dalam post yang akan datang ye :)

Friday, 5 April 2013

Batik oh Batik

hari khamis di Malaysia di-isytiharkan hari batik semelaysia kan.
Tetapi kami di Politeknik Ungku Omar di wajibkan pakai baju batik pada hari Jumaat itu pun hanya pada budak Perdagangan sahaja. jadi kami bakal bakal "engineer" ni menyahut seruan kerajaan Malaysia dengan memakai baju batik pada hari khamis :)


oh oh kami pun ada bernasyid sikit hihi


kesimpulannya disisni walaupun kami bakal engineer kami tetap menyokong apa yang di sarankan oleh kerajaan Malaysia kena kami anak Malaysia. weee


mari kita berubah

ada benda yang kita selalu sebut mungkin kita rasa betul tapi sebenarnya, kurang betul? maksud saya tidak menepati perkara yang harus. jadi harap link ni dapat menerangkan maksud saya




sorry kak maria pinjam post sekejap :) insha Allah sama sama lah kita berubah menjadi hamba Allah yang
bersyukur. Amin :)